Quotes from all around the globe on inspiration, motivation, positive vibes in various languages.
Kata Keindahan
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan, dan tiada bibit-bibit kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran dan kesyukuran.
APA YANG TAKUT SEBENARNYA? Yang kita takut mungkin bukan kegelapan tanpa cahaya, tetapi kita takut dengan bahaya yang ada didalamnya, yang kita takut bukan berada di tempat tinggi, tetapi kita takut jika terjatuh dan melukakan diri sendiri. Kita tidak takut untuk meluahkan rasa cinta, tetapi kita takut jika kecewa kerana tidak dicintai semula, kita tidak takut jika untuk melepaskan dia pergi, tetapi kita takut jika dia tidak akan kembali lagi. kita tidak takut untuk mencuba semula, tetapi kita takut jika terus gagal atas alasan yang sama. kita tidak takut mati, tetapi kita takut dengan balasan yang sedang menanti. Jujurkah kita dengan perasaan takut yang kita ada? Akuilah sahaja...BENAR! Kita takut kerana itulah fitrah manusia. tetapi pujuklah hati agar tidak takut lagi, kerana takut kita sebagai hamba hanya layak untuk Pencipta, kerana hidup mati dan suka duka kita, sentiasa berada di tangan-Nya. Oleh : Khairulnisa's Momma