Posts

Showing posts from March, 2018

2019 July 10 Quote

A person who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get and how hard you are to handle at times-but still wants you in their life. Love isn't blind, it just chooses to overlook.

2018 April 2 Quote

Not everything that counts can be counted and not everything that's counted truly counts

Jarak!

Jauh di mata Dekat di hati Dekat di mata Hari-hari berkelahi Dekat di mata Dekat di hati Hari-hari makan hati

Saing

Ada perkara yang tak perlu kita bertanding memerah keringat untuk menjohani #HetRima

Lumrah

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

2018 March 22 Quote

There should be an "I" in happiness not "Y" in happyness

Rukun 6

Apabila telah dinoktahkan, jangan pula disusuli dengan tanda soal. #Rukun6

Syurga

Yang tiada sakit selamanya Yang tiada susah selamanya Yang tiada sedih selamanya Yang tiada kezaliman selamnya

Hanya Sekadar Rasa

Tatkala kau memilih untuk diam walau kemarahanmu membara kau pilih untuk senyum walau di hatimu penuh gurisan luka kau pilih memaafi walau kesabaranmu diuji dan Apabila kau hanya memilih untuk terus gagah walau jasadmu letih goyah terus pasrah walau bertubi-tubi dibadai mehnah teruskan saja melangkah hanya saja hidup ini untuk kita pilih mau tenang atau tegang hanya saja untuk kita rentakkan mau marah atau hikmah mudah saja untuk menyakiti mudah juga untuk memaafi namun luka yang tinggal amat sukar untuk diubati jangan salah menghakimi jangan mudah melempar salah jangan senang untuk mengeji KERANA YANG BAIK ITU BUDI YANG INDAH ITU BAHASA adab kita junjung bukan biadap yang kita kendong Hanya sekadar rasa 16/3/2018 Credit to Sist Hamidah hassan n

Takdir Dalam Kehidupan

Suka dan duka datang walau tak dipinta Tak sesiapa pun yang faham Itu lah takdir dalam kehidupan Kadangkala boleh mempunyai Kadangkala tak mendapati Kadangkala menangis melinang air mata Kadangkala ketawa terbahak-bahak Kadangkala tengkujuh Kadangkala kemarau Itu lah takdir dalam kehidupan

Apa Yang Kita Takut

APA YANG TAKUT SEBENARNYA? Yang kita takut mungkin bukan kegelapan tanpa cahaya, tetapi kita takut dengan bahaya yang ada didalamnya, yang kita takut bukan berada di tempat tinggi, tetapi kita takut jika terjatuh dan melukakan diri sendiri. Kita tidak takut untuk meluahkan rasa cinta, tetapi kita takut jika kecewa kerana tidak dicintai semula, kita tidak takut jika untuk melepaskan dia pergi, tetapi kita takut jika dia tidak akan kembali lagi. kita tidak takut untuk mencuba semula, tetapi kita takut jika terus gagal atas alasan yang sama. kita tidak takut mati, tetapi kita takut dengan balasan yang sedang menanti. Jujurkah kita dengan perasaan takut yang kita ada? Akuilah sahaja...BENAR! Kita takut kerana itulah fitrah manusia. tetapi pujuklah hati agar tidak takut lagi, kerana takut kita sebagai hamba hanya layak untuk Pencipta, kerana hidup mati dan suka duka kita, sentiasa berada di tangan-Nya. Oleh : Khairulnisa's Momma

Berbuat Baik

Dalam melakukan kebaikan, kadangkala  ada yang buruk turut ikut sama.. Namun Ketika melakukan keburukan , tidak ada kebaikan ikut serta.. Jangan bosan berbuat baik walaupun tidak sempurna..

2018 March 13 Quote

In every NO from someone is a YES to someone better

2018 March 11 Quote

An arrow can only be shoot forward by pulling it backward.

2018 March 15 Quote

“Don’t get too attached to things, you got to learn to let go.”

2018 March 7 Quote

Not special, i'm just limited edition.

Buang

Buang! Buang! Buang! Buang apa saja yang melukakan hati. Jangan pernah cuba kau pandang-pandang lagi! Itu yang buat engkau menangis, Itu yang buat engkau stres, Maka jangan lagi engkau intai-intai hal yang sama. Jangan lagi engkau tanya-tanya. Jangan lagi engkau kenang-kenang. Buang! Buang! Engkau mahu bahagia, bukan? Kemari! Aku mahu menitip pesan. Cuba perhatikan apa yang engkau simpan. Kalau yang disimpan itu serpihan kaca, buang segera agar engkau tak terluka. Kalau yang berbaki itu adalah kenangan, buang saja dari ingatan. Alihkan perhatian dengan kesibukan hingga akhirnya semua itu benar-benar berjaya engkau lupakan. Engkau sudah cukup tertekan. Maka sudahlah, jangan lagi cuba menyeksa perasaan.  Belajarlah melepaskan. Kalau memang dia terlalu melukakan, mengapa masih terus engkau pertahankan? Kalau kenangan bersamanya terlalu sukar engkau singkirkan, mengapa harus engkau perhati, mengapa terus engkau teliti hingga akhirnya engkau juga yang terluka lagi dan