Buang

Buang!
Buang!
Buang!
Buang apa saja yang melukakan hati.
Jangan pernah cuba kau pandang-pandang lagi!

Itu yang buat engkau menangis,
Itu yang buat engkau stres,
Maka jangan lagi engkau intai-intai hal yang sama.
Jangan lagi engkau tanya-tanya.
Jangan lagi engkau kenang-kenang.
Buang!
Buang!

Engkau mahu bahagia, bukan?
Kemari!
Aku mahu menitip pesan.
Cuba perhatikan apa yang engkau simpan.
Kalau yang disimpan itu serpihan kaca, buang segera agar engkau tak terluka.
Kalau yang berbaki itu adalah kenangan, buang saja dari ingatan.
Alihkan perhatian dengan kesibukan hingga akhirnya semua itu benar-benar berjaya engkau lupakan.

Engkau sudah cukup tertekan.
Maka sudahlah, jangan lagi cuba menyeksa perasaan. 
Belajarlah melepaskan.
Kalau memang dia terlalu melukakan, mengapa masih terus engkau pertahankan?
Kalau kenangan bersamanya terlalu sukar engkau singkirkan, mengapa harus engkau perhati, mengapa terus engkau teliti hingga akhirnya engkau juga yang terluka lagi dan lagi?

Sayangi dirimu!
Sayangi orang-orang yang menyayangimu dan yang tahu menghargai kasih sayangmu.
Sungguh, merekalah lebih berhak ke atas masamu!

Maka buang saja selain itu!

Oleh : Khairulnisa's Momma

Popular posts from this blog