Tatkala kau memilih untuk diam walau kemarahanmu membara kau pilih untuk senyum walau di hatimu penuh gurisan luka kau pilih memaafi walau kesabaranmu diuji dan Apabila kau hanya memilih untuk terus gagah walau jasadmu letih goyah terus pasrah walau bertubi-tubi dibadai mehnah teruskan saja melangkah hanya saja hidup ini untuk kita pilih mau tenang atau tegang hanya saja untuk kita rentakkan mau marah atau hikmah mudah saja untuk menyakiti mudah juga untuk memaafi namun luka yang tinggal amat sukar untuk diubati jangan salah menghakimi jangan mudah melempar salah jangan senang untuk mengeji KERANA YANG BAIK ITU BUDI YANG INDAH ITU BAHASA adab kita junjung bukan biadap yang kita kendong Hanya sekadar rasa 16/3/2018 Credit to Sist Hamidah hassan n
APA YANG TAKUT SEBENARNYA? Yang kita takut mungkin bukan kegelapan tanpa cahaya, tetapi kita takut dengan bahaya yang ada didalamnya, yang kita takut bukan berada di tempat tinggi, tetapi kita takut jika terjatuh dan melukakan diri sendiri. Kita tidak takut untuk meluahkan rasa cinta, tetapi kita takut jika kecewa kerana tidak dicintai semula, kita tidak takut jika untuk melepaskan dia pergi, tetapi kita takut jika dia tidak akan kembali lagi. kita tidak takut untuk mencuba semula, tetapi kita takut jika terus gagal atas alasan yang sama. kita tidak takut mati, tetapi kita takut dengan balasan yang sedang menanti. Jujurkah kita dengan perasaan takut yang kita ada? Akuilah sahaja...BENAR! Kita takut kerana itulah fitrah manusia. tetapi pujuklah hati agar tidak takut lagi, kerana takut kita sebagai hamba hanya layak untuk Pencipta, kerana hidup mati dan suka duka kita, sentiasa berada di tangan-Nya. Oleh : Khairulnisa's Momma
Masa adalah suatu yang paling tidak ternilai yang boleh kita berikan kepada seseorang. Kerana masa apabila diberi tak mungkin kita dapatkannya kembali.